Secebis
Lapang
Lupakan seketika kemelut tujuan masa
depan,
Lupakan seketika runsingan hati
kerosakkan kehidupan ini,
Bukan melupa selama nya,
Tetapi memujuk hati,
Membelai bibir mengukir senyum,
Namun usah leka, akan kerehatan ini,
Ia nya seketika,
Kemelut ini pasti kembali,
Pasti dan pasti,
Saat itu berusaha lah sepenuh nya,
Berdoalah sesungguh nya,
Kerna kau masih ada Dia,
Andai ingin mu ke kanan,
Namun kata Nya ke kiri,
Terimalah ke kiri an itu,
Demi sesungguhnya,
Arah mana pun, awal akhir nya,
Dia.
Alan,
Tokuyama Kousen,
Yamaguchi.
Sabtu,2 Ogos 2008
12.10 a.m. (Japan Time)
Isnin ni ada lagi satu paper, elastic ape
tah kalo diterjemah kan.Susah gak paper tu tapi tak pe la.. malam ni rehat
sat..
Takmo cita sedih2 malam ni..penat dah
sedih2..kang lepas ni ada sedih lagi bakal menyusul kot.. huzil tol ar.. so
kita fikir yang happy2 je.. tapi tu ar, baru2 ni, time balik dari Fukui, aku tgk basikal
aku tersadai kat tepi taikukang(dewan sukan).. bukan basikal aku je tapi ada la
dalam 4 ke 5 lagi basikal lain.Basikal tinggalan Karu tahun lepas tak la bagus
mana.. berkarat je pon.. tapi tu la satu2 nye basikal yang aku ada kat Jepun ni
yang di hakmilikkan ke atas aku.Tapi aku rasa basikal tu maybe orang asrama
letak kat situ mungkin dia ingat basikal tu dah takde pemilik.Sebab, basikal2
kat sini kene tampal sticker ape tah kat basikal supaya orang tau basikal tu
adalah basikal bebudak asrama.Tapi aku tak penah pon tukar sticker basikal
sejak aku dapat basikal tu dari Karu.So maybe dia ingat basikal tu dah takde
pemilik memandang kan sticker basikal yg dah lama.
Oleh kerana aku pun jarang2 naik basikal, aku pun
biarlah basikal tu duduk tepi taikukang buat seketika la konon2.Dengan
niat,nnti bila nk kuar gi mane2, ambik je tepi taikukang, lagi dekat ngan pintu
kuar.. Selang 2,3 hari, maka datang lah keperluan menggunakan basikal.Tapi,
betapa terkejut nya aku bila tgk tepi taikukang, satu basikal pun dah takda.Tapi
kuat hati aku kata basikal tu dah kene buang.Haha.. Bingung.Tak tau nk tanya
sapa.Kang klo tanya orang asrama, musti dia pun gelak n padan kan muka aku, sapa suruh tak pasang pelekat
baru.Apa lah nasib basikal ku…
---------------------------------------------------------------
Cerita adalah berdasar kan kisah benar.Moga ada manfaat, Insya Allah..
Sirap Untuk Joe
Imbas kembali zaman bergelar
kanak-kanak.Masa darjah 1 smpai darjah 6 dulu, aku slalu men bola petang2 lepas abis skolah.Tepi tadika kemas tu ada la sikit kawasan rumput, tak la besar macam
padang bola, tapi ada gak ar separuh padang kot luas nya.Kat situ ar aku ngan
bbudak Taman Seri Putra yang len men bola.Sekitar pukul 6 petang abis sekolah
agama, sume bergegas balik, tukar baju n gi padang.Main tak la lama pun.. pukul
7 camtu abis.. start main pun slalu nya pukul 6 stgh, sbb nk tunggu budak2
ramai sikit.Pastu nk bahagi team lagi.Masa tu pemilihan ahli adalah berdasarkan
juz.. Sape menang juz, dia pilih pemain.. Time tu sume budak2 lagi.. pukul 7
dah kene balik rumah, lambat sikit nanti mak tak kasi masuk rumah.. terpekik
telolong la kat luar rumah maghrib2.. “ Ha.. buat lagi balik maghrib2.. buat
lagi.. “ Lama tak dengar mak marah
gitu.. Kadang2 klo lagi lambat balik,
mak plak yg akan datang
nek beskal.. pastu sampai rumah kene bebel.. Bebelan mak tu, sayang
sebenarnya.. ingat tu, sampai mati..
Alkisah… suatu petang, masa tengah main
bola, kelibat seorang laki2.. tinggi.. botak.. gelap.. masuk padang.. dengan wisel di tangan.. juga
handphone.. Zaman tu, hanset masih lagi jenis yg besar.. yang sama saiz budak2
bawak pi skolah, jadikan botol air.. haa.. jenis tu ar.. siap ada ariel lagi..
panjang plak tu.. tapi sekitar tahun 90an tu, memiliki hanset adalah suatu bende
yg buleh di anggap hebat.. sebab henset masa tu masih baru lagi kat Malaysia.. Lelaki tu.. nama dia.. Joe. Itu je yg aku tau tentang nama dia.Joe. Dia ni
slalu kelihatan dekat traffic light kat pekan Banting.Traffic light depan
Maybank.. Berdiri situ.. tiup wisel.. takde la tiap2 hari.. tapi ada la masa2
tertentu bila tiba waktu dia bertugas.. Joe bukan polis.. bukan askar.. tapi
just seorang insan yang sedikit istimewa dari kita.. Jangan hina dia.Jangan
caci dia.Dia tak minta di lahirkan begitu, tapi ada hikmah kewujudan dia kat
dunia ni, lebih2 lagi untuk kita yang sihat.. untuk kita yang mahu berfikir..
Joe masuk padang.. tiba2 lantik diri jadi pengadil.. “Priit!!Out..”
tiupan wisel Joe bingitkan kawasan padang
kecik tu, sungguh pun bola masih dalam kawasan permainan.Semua tercengang.
Permainan diteruskan.. “Priitt!!” Joe tiup lagi.. Permainan terhenti lagi.Bola
masih dalam kawasan permainan.Semua pandang Joe.
“…….” Joe diam. Permainan diteruskan walaupun terhenti bnyak kali.
Entah kenapa, walaupun semua dia situ tahu keadaan Joe yang begitu, kami
seolah2 mengakui kehadiran Joe adalah sebagai “pangadil”.Sibuk sungguh Joe.Ada
ketika dia tiup wisel, ada ketika dia bercakap dengan seseorang dengan henset
nya.. walaupun takde beteri. Sejak petang itu, Joe slalu datang jadi pengadil.
Satu hari, Joe buat pengumuman penting..
“Mulai sekarang.. aku jadi pengurus team
kita..”
Semua melopong.. memberi perhatian.. amanat
penting 'pengurus pasukan'.
“Kita akan lawan team sekolah, dekat padang sekolah“ terang
Joe lagi.. sungguh bersemangat..
“Kita kene berlatih sungguh2 kalau nak
menang..” kata Joe mengakhiri ucapan ringkas petang itu.
Sejak hari itu, kami bermain lebih
bersungguh dari hari-hari biasa.Semua orang tak berapa percaya dengan Joe, tapi
kalau betul, siapa yang tak mau lawan pasukan sekolah??Dan kalau menang, memang
buleh berbangga dapat kalah kan
pasukan sekolah..
“Nanti aku bagi kau orang henset sorang
satu..” tawaran dari pengurus.
Terbit juga gelak kecil dari beberapa
pemain pasukan.Apa2 pun.. masing2 masih menyimpan impian bermain menentang
pasukan sekolah.
“Bila nk lawan ni Joe..” tanya seorang
pemain
“Besok petang..” jawab Joe ringkas.
Ramai berdekah gelak..
“Esok aku bawak air sirap, kalau kau orang
penat, boleh la minum.” Tambah Joe.
Deraian gelak lagi..
Tiba hari di nantikan..
Kehadiran di padang lebih dari biasa.. ketibaan pengurus
dinanti penuh tanda tanya..
Tetiba..
“Joe datang!!” pekik seseorang..
Joe dengan wisel tergantung di leher..
henset di tangan… melangkah penuh gaya..
“Joe,mane air sirap?? Kalau penat nanti
camne??”
“Ni ada.. aku tak lupa la..”
Joe julang sebotol kecil air sirap.. Sirap
untuk Joe..
“Banyak ni je??”
“Ha.. jom kita pegi!!”
Kami bergerombolan basikal ke sekolah yang
tak la jauh dari padang.. mungkin sekitar 500 meter jarak nya.Ramai yang jadi ahli rombongan.Masing2 ingin melihat Team Joe vs Team Sekolah. Siapa menang agak nya..
Sampai sekolah..
Lengang.. Tiada siapa pun..
“Prittt!! Ok, main!!” jerit Joe
bersemangat.
Mana pasukan sekolah??Nak main dengan
sapa??
“Mana pasukan sekolah Joe?”
“Diorang tak datang.. tak sihat..”
Petang itu, kami tidak bermain bersama
pasukan sekolah.. Cuma bermain di padang sekolah.. Pulang rumah, masing2 menggelakkan diri sendiri.. Tiada siapa bodoh,
dan diperbodohkan.. cuma tertipu..
Insan seperti Joe bukan ‘penyemak’, ada
pengajaran buat yang mahu berfikir.
Syukurilah nikmat sihat dan masa lapang.